Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Surat Hak Milik Tanah PT1600 Tanjung Bidara

Posted by lot2530 on August 9, 2008

PT1600 adalah nombor lot Tanah Gantian yang dijanjikan ketika proses pengambilalihan hakmilik tanah lot 2530 ini dahulu. Tanah Gantian ini menjadi isu yang hangat di sebabkan ia telah dikeluarkan surat TOL dengan pembahagian yang tersedia diukur dan terdirinya sebuah premis perniagaan di situ.

Saiz tanah gantian ini tidaklah seluas mana, namun ia sangat hampir dengan jalan utama dan persimpangan jalan ke Kampung Balik Batu.

Selain itu, terdapat di atas tanah gantian itu, pelbagai tanaman yang telah sedia berbuah dan mengeluarkan hasil tertentu.

Namun, pada tanggal 5 Ogos 2008, tanah gantian itu semuanya telah berubah status. Kini ia telah dikeluarkan Surat Hak Milik kepada SARIS BIN SABTU sebagai satu persetujuan oleh kerajaan ketika mahu mengambil tanah dan rumahnya dahulu.

Kini, sekali lagi dinyatakan bahawa Lot PT1600 adalah hak milik individu dan para pemegang sijil TOL telah diberitahu oleh pentadbir tanah tentangnya.

Harapannya, pemilik tanah dapat meneruskan kehidupan dengan dapat membina kediaman baru dan para bekas pengusaha tanah gantian itu, dapat menerima hakikat bahawa tanah itu bukan lagi perusahaannya yang telah diusahakan sekian masa.

Itulah sifat Rezeki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: