Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Aku tukar kepada EMAS.

Posted by lot2530 on August 9, 2008

Alhamdulillah. Setakat kini penjanaan wang untuk kehidupan ROSLI berjalan lancar dan sekiranya kalian dapat log in di link ini, akan dapat kalian perhatikan aliaran wang masuknya dan wang keluarnya.

Ia bukan untuk beliau semata, tetapi 2 orang anaknya yang sedang bersekolah.

Kijang Emas

Kijang Emas

Lanjutan itu, adalah menjadi hak saya untuk mengurusnya sebaik mungkin sumber tersebut. Maka, semalam 08.08.08, Hari Juma’at, saya menukarkan sebahagian wang ROSLI kepada beberapa keping Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia. Mudahan ia diberkati.

Kepada kalian, berikut sebagai satu contoh berkaitan Kijang Emas,(Rujuk Harga di sini)

Harga Jualan Kijang Emas pada 08.08.07 ialah RM2,461.00 = 1 oz = 31.105 gram.

dan

Harga Belian Kijang Emas pada 08.08.08 ialah RM2,933.00 = 1 oz = 31.105 gram.

Dalam tempoh setahun, yang genap ( Tips: Jika mahu jual kepada bank, tunggu harga tinggi, 08.08.08 di anggap harga rendah dalam tempoh beberapa bulan. Usah jual pada ketika ini.), jika Kijang Emas itu di jual kepada Maybank, saya akan mendapat perbezaan harga sebanyak, RM472.00 berbanding ketika harga saya memilikinya pada 08.08.07. Iaitu kadar kenaikan pelaburan sebanyak 19.18%( Walaupun di anggap harga emas sedang turun, tetap ada perbezaan yang besar, berbanding pelaburan ASB, yang paling hampir dengan kalian.)

Ia adalah satu bentuk simpanan/pelaburan yang baik bukan?

Lihatlah kadar kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun yang lepas.

kitco.com

kitco.com

Lantas, bagi jangka masa yang panjang, saya menjangka kadar kenaikan akan sentiasa positif dan mengelakkan saya dari terkesan daripada inflasi atau kejatuhan nilai wang kertas.

Saya berhasrat menukarkan sebahagian wang ROSLI kepada EMAS sebanyak minimum 500 gram dalam tempoh setahun dari sekarang. Insyallah.

ps: ROSLI juga memiliki simpanan di ASB, dan biarkan di situ… usah kesemuanya ditukarkan dalam GOLD INVESTMENT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: