Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Penyelesaian Harta Pusaka RASNAH BINTI SABTU

Posted by lot2530 on May 23, 2008

Saya telah melakukan sebahagiannya (melebihi 50%) tugas untuk menyelesaikan harta pusaka peninggalan penama di atas.

Hari itu, saya memberitahu tentang pilihan, sama ada, (1) mahu menyelesaikan kes ini kepada saya atau (2) mereka dikalangan waris mahu menyelesaikannya sendiri tanpa khidmat.

Hari ini, mendapat kepastian, bahawa pilihan (2) adalah pilihan mereka. Tugas saya setakat ini, jalan telah saya aturkan untuk penyelesaiannya. Mudah sahaja. Perkembangannya akan saya pantau.

Berikut adalah perkara yang waris RASNAH perlu maklumi dan dilakukan. Lebih tepat lagi, jalan yang saya aturkan.

1. Tunggu surat notis panggilan bicara kuasa dengan PIAH untuk melepaskan peganggan amanah terhadap RASNAH.

2. Jumpa saya untuk dokumen yang diperlukan atau ke Pejabat Pusaka Kecil Melaka Tengah. Lebih mudah jumpa saya.

3. Hadiri bicara kuasa. Sekiranya tidak dapat hadir, Angkat Sumpah di hadapah Mahkamah diperlukan.

4. Bukan sahaja, waris perlu hadir…. PIAH juga perlu di bawa bersama.

5. Sekiranya tiada masalah. Tunggu surat dari pejabat, berkaitan pelepasan amanah.

6. Mohon bicara kuasa bagi harta pusaka RASNAH.

7. Tunggu notis bicara kuasa.

9. Jumpa saya sekali lagi. Ada yang perlu waris ketahui.

9. Hadiri program perbicaraan yang ditetapkan itu. Muafakatkan terlebih dahulu.

10. Sekira tiada masalah, tunggu Surat Perintah.

11. Setelah diperolehi, sila rujuk ke Amanah Raya. Proses selanjutnya perlu dilakukan jika mahu duit itu.

Harapan saya, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Setiap kalian perlu menyokongnya, membantunya dan mengingatkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: