Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Bicara Kuasa Kecil SALIM BIN SABTU

Posted by lot2530 on May 23, 2008

Akan dijadualkan pada

Hari dan Tarikh : RABU, 28 MEI 2008

Masa : 9.00 PAGI (Siapa datang awal kesnya akan dibicara dahulu)

Setelah kes permohonan di KIV oleh pejabat pusaka, namun pematuhan ISO memaksa kesnya perlu dibicarakan atau dijelaskan kedudukannya mengikut jangka waktu yang digariskan oleh pejabat sendiri. Ini sesuatu yang meyakinkan kerana bakal seharusnya akan tiada kes2 yang tergelincir dan hilang tanpa tindakan.

Perkara perbicaraan ini akan menjadi mudah dan berlangsung dengan kesenangan, sekiranya setiap waris membuat muafakat pembahagian terlebih awal sebelum bicara dan juga menyediakan segala keperluan yang sepatutnya dibawa ketika menghadiri perbicaraan.

Khusus kepada kes ini (Bicara Kuasa Kecil SALIM BIN SABTU), terdapat 2 jenis harta peninggalan alih yang akan diselesaikan.

1. Cek CIMB (No Cek : Tak perlulah dicatatkan.)

2. Duit Pampasan di Amanah Raya. (No Fail : MK20080243, perlu saya catatkan kerana baru diperolehi melalui dua panggilan telefon ke 103 dan 06-2822848. Hari ini kehidupan semakin ringkas.)

Jumlah keduanya melebihi harga sebuah kereta wira di bawah ini.

Namun kes ini memerlukan beberapa tindakan diperlukan dan ada beberapa hari bekerja  untuk menyudahkannya.

1. Peroleh dan memohon myKad Saiful. Hilang kali ke-4. (????)

2. Angkat sumpah, Saiful dan Ridzuan. ( Tidak dapat menghadiri perbicaraan)

3. Dapatkan salinan Penyata di Amanah Raya.

4. Sediakan dan akan bawa dokumen2 berikut untuk kesenangan. (IC yang hadir bicara, Salinan Grant Tanah, Borang H, Borang K, Sijil Kematian, Cek CIMB, Sijil Nikah, Surat Perintah Sabtu, Resit Cukai dan Salinan Penyata Amanah Raya)

Seperti yang telah saya tekankan, pembahagian harta alih ini perlu dibuat dengan satu bahagian sahaja. 100% di atas nama satu waris yang bertanggungjawab, dan waris inilah yang akan menanggung kesinambungan tanggungjawab  si mati terhadap waris2 yang masih bersekolah mahupun sudah bekerja.

Mudahan masa saya mengizinkan untuk penyempurnaan beberapa tugas di atas. Tetapi…….

mana Mak Anjang… berhari2 call, dan sebentar tadi berbelas kali call… tiada tindakbalas semulajadi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: