Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

PERASMIAN PERKAMPUNGAN HADHARI MELAKA 2007

Posted by lot2530 on March 12, 2008

Untuk kesinambungan projek ini, tanah kalian di ambil.
perasmianhadhari.jpg

“Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Perkampungan Hadhari Negeri Melaka yang telah diadakan pada 1 dan 2 Disember 2007. Perkampungan Hadhari Negeri Melaka diadakan di Kawasan Lapang Pantai Perkelahan Tanjung Bidara, Masjid Tanah. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah YAB Ketua Menteri Melaka, YB Dato’ Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli-ahli MMKN, Adun Kawasan dan juga dif-dif kehormat lain. Y.A.B. Perdana Menteri juga diiringi oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Utama Jeanne Abdullah.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri mengharapkan seluruh umat Islam dapat memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam Hadhari untuk menjadikan umat Malaysia sebagai umat yang maju standing dengan umat lain.

Selepas majlis perasmian, Y.A.B. Perdana Menteri dengan diiringi oleh dif kehormat lain telah membuat lawatan ke ruang pameran iaitu Galeri Islam, Pameran Sepuluh Prinsip Hadhari. Lawatan itu merangkumi perjalan sejauh 1.2 kilometer dari tapak pelancaran hinggalah ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Setibanya di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Perdana Menteri juga telah merasmikan Planetarium Al-Khawarizmi, yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Melaka.

Jabatan Agama Islam Melaka telah mengendalikan Galeri Islam di khemah pameran utama, pameran aktiviti oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Bahagian Penyelidikan, serta menyertai Khemah Prinsip 1 (Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah) di Kompleks Falak AL-Khawarizmi.

Perkampungan Hadhari Melaka adalah berbeza dengan Perkampungan yang dibuat di negeri-negeri lain sebelum ini. Perkampungan Hadhari Melaka adalah berdasarkan “living concept” di mana Prinsip Hadhari diaplikasikan dengan penglibatan penduduk kampong. Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara telah dipilih sebagai DUN yang mempraktikkan Islam Hadhari. Dari konsep pelaksanaan, setiap JKKK DUN Tanjung Bidara mempunyai agensi angkat yang membimbing penduduk kampong untuk menghayati Islam Hadhari.

JAIM, yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Melaka, telah menjadikan Kampung Lubok Redan sebagai anak angkat dan pelbagai aktiviti telah dijalankan di situ.” sumber : http://jaim.melaka.gov.my/bm/archive/islamhadari.htm

 

roslisabtudimasjidtanah.jpg

“Apa yang aku boleh buat, rumah aku di roboh, pampasan di bayar, tapi mana ada lagi rumah aku dan tanah aku. Tak ada lagi… tak nak aku duduk di kaki lima ini…” – Rosli berkata2 sendirian.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: