Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Pemegang Amanah ROSLI BIN HJ. SABTU

Posted by lot2530 on March 10, 2008

Saya bukan waris beliau, juga bukan kawan atau jiran, tetapi hanya di amanahkan oleh kalian untuk menjaga hanya satu perkara milik beliau. Namun, secara tidak langsung, banyak perkara akan bertengek juga di bahu saya.

Amanah ini bukan mudah, walaupun dasarnya hanya melibatkan satu perkara sahaja, tetapi ketelusan, kejujuran, kecekapan, kepercayaan dan kebolehan amat membebankan saya!!! Sesungguhnya ia amat ditagih oleh kalian semua. Saya yakin itu.

Saya tidak mahu, ia indah dipermulaan dan bertengkaran di kemudian. Lantas, penjelasan awal ini, mudahan dapat memberi pemahaman kepada kalian tentang matlamat, objektif, kaedah dan methodologi pengamanahan ini.

Satu perkara yang di amanahkan itu ialah, menguruskan dan menjaga DUIT ROSLI BIN SABTU. Mengurus perlulah bijak, telus dan menjaga perlu jujur, DUIT adalah untuk kehidupan dan ROSLI perlu dibela sepanjang hidupnya. Malah warisnya juga perlu di ambilkira. Itulah matlamatnya.

Objektifnya pula, ada beberapa, pertamanya adalah memastikan duit tidak habis ditempat yang sia2 atau disalahgunakan oleh Rosli atau sesiapa sahaja, keduanya, memastikan penggunaan duit itu dalam keadaan terkawal, iaitu tiada pembaziran atau berlebihan, ketiganya, bermanfaat untuk beliau dan juga warisnya bagi memastikan kehidupan yang berjaya dan sempurna.

Kaedah pengamanahan ini ialah, duit dan akaun dipegang oleh saya (disaksikan beberapa orang). Rosli atau waris perlu menghubungi saya, jika memerlukan wang tunai untuk apa sahaja perbelanjaan yang pada perkiraan saya bermanfaat dan berkaitan dengan beliau sahaja. Sekiranya, dibolehkan, menjadi tugas saya (atau wakil) untuk menemuinya dan menyerahkannya.

Rosli, saya sediakan dengan dua akaun bank iaitu Maybank dan juga CIMB. Namun, saya simpan semuanya.

Mudah bagi saya sekiranya, cuma menjaga duitnya sahaja… tetapi mengurus duit untuk menampung sepanjang kehidupan Rosli suatu yang mencabar dan berisiko.

Apa bezanya?

Menjaga. Andaikan RM50 ribu di berikan kepada saya duit Rosli itu (contoh semata, bukan nilai sebenar). Perbelanjaan tahunannya dianggarkan RM10 ribu setahun (maksimum). Maka, dengannya, duit itu mencukupi untuk kehidupan Rosli selama 5 tahun mendatang ini sahaja! Bagaimana selepas itu, duit sudah habis.

Menjaga dan Mengurus. RM50 ribu itu saya uruskan. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, perlu bagi saya menjana sebanyak RM10 ribu bagi menampung perbelanjaan beliau dan waris. Untuk setiap tahun. Sehingga usianya ada. Tanpa, mengurangkan nilai RM50 ribu tersebut.

Lantaran itu, methodologi apa yang saya mahu gunakan untuk mengurus duit beliau, adalah hak saya. Kalian tidak perlu tahu. Untung atau rugi adalah tanggungan saya. Sekiranya, kerugian berterusan, ia adalah kelemahan saya. Jaminan RM50 ribu tetap ada.

Melalui methodologi pengurusan duit beliau itu, keuntungannya, tidak akan saya berikan kepada beliau, begitu juga sekiranya kerugian, saya tidak akan ambil daripada beliau, tetapi, saya hibahkan apa juga bentuk keuntungan (malahan jika berlaku kerugian) sebanyak RM10 ribu setiap tahun atau setara dengan perbelanjaan beliau pada tahun tersebut. Mungkin lebih atau kurang. Namun, perbelanjaanya adalah kawalan saya. Yang penting, perjalanan kehidupan beliau sempurna dan RM50 ribu tidak akan mengecut.

Saya tidak mahu, kalian berpandangan, dengan adanya duit yang saya urus ini, perlu bagi Rosli menikmati kehidupan yang lebih mewah. Segala keperluannya perlu dituruti dan dipenuhi. Perkara ini, saya amat tidak mahu berlaku dan perlu kalian jauhi pemikiran seperti ini. Saya tidak mahu, dengan adanya duit itu semua, dia menjadi lebih teruk (malas, leka dan hanyut). Ajarlah dia erti kehidupan. Usah diberi ikan setiap hari, didiklah dia memancing ikan…ibaratnya.

Yuran dan hal menguruskan duit dan keperluan Rosli tidak saya perkirakan. Ia akan menjadi rumit nanti. Sebagai contoh, hari ini, petang selepas Asar, permintaan Rosli ialah nak beli gitar, isteri saya menjemputnya di Tanjung Bidara, (duit minyak?), membawanya ke satu kedai, belek2…. dia tidak berkenan… bawa lagi ke kedai yang lain…(masa lagi?)… tiba di kedai yang kedua… tak ada juga yang berkenan di hatinya… walaupun diumpan dengan gitar yang mahal… dia tidak mahu… Dah maghrib ni…, dia lapar, dia nak makan… lantas pergilah ke kedai makan… tak kan dia seorang yang makan? Kami (saya, isteri dan anak) juga makan bersama. (Duit makan?)…

Di sambung lagi… ke kedai yang ketiga, dia belek2, dipetik2, didengar2… akhirnya… tidak juga dia berkenan… (masa lagi?)… Naik kereta dan bergegas pergi ke kedai lain, sebelum di tutup…di kedai yang keempat, akhirnya dia berjumpa… beli… dan hantar dia ke Tanjung Bidara pula… Tengah malam sampai di rumah saya kembali…

Maksudnya, hal2 pengurusan saya seperti duit minyak, makan dan masa… tidak sanggup untuk saya perkirakan. Dan, saya mahu, kalian juga perlu faham maksud saya. Usah pergunakan duit dia, untuk kepentingan kalian. Bayangkan, kalau saya kira duit minyak dan makan dan masa untuk setiap kes Rosli pada masa akan datang!!! Apa yang saya nampak, ramai yang akan ambil kesempatan juga seperti saya dan perbelanjaan gagal/sukar di kawal. Tolong lah… anggaplah ia sebagai pengorbanan… Allah Maha Mengetahuinya…

Selain itu, saya mahu, pada bila2 masa, saya boleh menarik diri untuk berfungsi sebagai pemegang amanah ini. Duit yang di berikan kepada saya, akan dipulangkan 100%. Jika RM50 ribu, maka RM50 ribu juga saya akan pulangkan kepada beliau atau warisnya (atau di antara kalian). Kemudian, carilah orang lain untuk mengantikan fungsi saya.

Tetapi, jika antara kalian memecat saya, saya tiada masalah, saya akan pulangkan juga nilai yang sama ditolak nilai kerugian/pampasan saya (jika perlu dan ada).

Dan juga, had tempoh pemegang amanah ini ialah selama Rosli bin Sabtu bernyawa. Kematian adalah suatu yang pasti. Sekiranya, beliau meninggal, saya tidak secara automatik akan terus menguruskan duitnya untuk warisnya pula. Sebaliknya, saya akan serahkan kepada sesiapa di kalangan kalian atau waris beliau kesemua duitnya.Bermakna, ketika itu, selesai tugas saya.
Itu sahaja yang saya mampu berkomitmen setakat ini.

Akhir sekali, saya sediakan satu Penyata/Akaun secara online. Kalian boleh tengok, untuk permulaan ini, tetapi selepas ini, kalian memerlukan katalaluan untuk membolehkan kalian menyaksikan pergerakan perbelanjaan Rosli secara lengkap. Kebenarannya adalah kewibawaan saya.

Sila klik link ini.

http://www.mybdc.net/roslisabtu/index.htm

Saya akan update sekurang2nya, seminggu sekali, setiap ahad.

(Ini bukan satu2nya akaun yang saya kendalikan… lantas saya cukup berpengalaman.. )

Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: