Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Cek Pampasan Lot 2530 dan Majlis Peyerahannya

Posted by lot2530 on March 8, 2008

Salam.

Cek masing-masing telah diterima dan disemak adalah tepat dan betul seperti yang di tawarkan di dalam BORANG H. Hakikatnya, ada di kalangan mereka belum menyatakan persetujuan, belum menandatagani BORANG H tersebut, dan lebih hebat lagi BELUM MENERIMANYA. Tetapi, Cek telah di berikan dan telah pun di bank in kan oleh sebahagian penerima. Bijak.

Ketahuilah kalian, peraturan bukan selalunya diikuti, MEREKA TIDAK MENGIKUT PERATURAN, kebiasaannya MEREKA SANGAT TEGAS DENGAN PERATURAN, tetapi kali ini, MEREKA yang mencipta PERATURAN… membelakanginya sendiri.

Sewajibnya apa yang perlu dilaksanakan ialah, pemilik2 tanah yang asal, perlu mengembalikan BORANG H (sekiranya bersetuju) dan selepas itu barulah dilakukan pembayaran. Sekarang, sudah terbalik.

Ahhhh… ada yang lebih penting dari mempertahankan peraturan yang ada. Peduli apa tentang itu.

penerimaancek.jpg

“Dari kiri yang kelihatan, Imam, Zulkifli, DO, Mufti, Ahli Perlimen, ADUN dan ahli politik”

Kita tinggalkan cerita tentang peraturan karut itu. (sebab tidak di ikut, ia menjadi karut).

Semua pemilik tanah lot 2530 telah menerima cek masing2 di dalam satu majlis. Kecuali, cek tambang bukan pemilik tanah yang menjadi wakil ketika perbicaraan dan juga pemilik tanah yang meninggal dunia. (SALIM dan RASNAH). Semuanya, telah bersetuju, pada hakikatnya dan kalian menerimanya. Peraturan belakang cerita, tetapi perlanggaran peraturan itu, menyebelahi kalian. Lepas ni, jangan hantar BORANG H. Bank in kan duit dulu. Dia minta baru bagi. Tugas kalian, untuk memulangkan borang tersebut.

Berapa jumlah yang masing-masing dapat, mereka sedia maklum. 75% dari yang mereka tuntut duit pampasannya, mereka perolehinya.

Dan, hari itu, kalian menerima ribuan ringgit dan hakikatnya, kalian kehilangan HARTA PUSAKA turun temurun yang tiada nilainya.

Dalam majlis itu, singkat dan padat. Saya suka. Jam 3.30 PM dah selesai. Saya cuma, dapat berjumpa pegawai Pejabat Tanah dan YAB calon DUN Tanjung Bidara dan kalangan mereka yang lain. Buat apa lama2 di situ.

Mok*tar, orang kampung, ingin juga berjumpa saya atas isu yang remeh, namun tidak berkesempatan dan tiada keutamaan di pihak saya. Lantas, jangkaan saya, dia dan beberapa kerat orang kampung akan menjadikan isu yang dicanang oleh si dia tu, dan membawa pandangan negatif kepada kalian seketurunannya. Bersedialah kalian. Dia belum tahu siapa kita. Janganlah berlebihan pula. (Namun, di mata hati saya dia, tidak akan kemana dalam isu yg di bawanya). Biar dia terjun dengan labu2nya.

Siapa Mok*tar, kalian tahu dan apa kaitannya di atas lot tanah ini (walaupun tak ada). Ia sudah membuat BISING, sejurus majlis selesai!!! Tetapi, bukan dengan saya. Marah sudah pasti di pihak saya.

Lagi jelas hendak berlampu, bagai hendak meneggakkan benang basah, bagai melukut juga di tepian seluar orang, cuba mengiakan apa yang sebenarnya telah lama kalian tidakkan dan yang paling utama, berpaut pada tali reput, bertindak tanpa otak, persoalannya ialah apa motif dan kepentingannya.

pergidengancek.jpg

(Kalian sudah pergi meninggalkan satu-satunya HARTA PUSAKA.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: