Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Majlis Penyerahan Cek

Posted by lot2530 on March 5, 2008

Akhirnya, bak kata pepatah “Hendak seribu daya, tak hendak seribu lah dalihnya”. Keperluan mendesak majlis itu di langsung sebelum 08.03.2008 amat ketara. Keberkesanannya juga di lihat pada kaca mata mereka amat berbeza.

Lantas pada, Khamis, 2.00 petang, 06.03.2008, di JAPERUN, DUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka, akan dilangsungkan majlis tersebut. YAB Penyandang Ketua Menteri Melaka sendiri akan menyampaikan cek-cek untuk kesemua 10 lot tanah terlibat di bawah projek jalan masuk dan tempat letak kereta balai cerap, tanjung bidara (sudah dikenali sebagai KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI ), termasuklah lot 2530 kalian ini.
Saya mengesahkan majlis ini. Setelah mendapat kepastian daripada Pejabat Tanah, Pegawai di Pejabat Mufti dan yang penting Pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang menyediakan sendiri cek-cek kalian semua. Semua penama yang ada di BORANG G telah disediakan ceknya oleh Pegawai UPEN tersebut.

Lantas, jika kalian tiada persoalan lagi, lantas bersetuju, dan berkelapangan, bolehlah hadir ke majlis tersebut. Serah Borang H dan terima cek daripada tangan Ketua Menteri Melaka dan 99% tanah kalian bukan milikmu lagi.

ps: Saya akan bersama kalian, untuk memastikan hak-hak kalian dilunas dan dilaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: