Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Majlis Penyerahan Cek katanya…

Posted by lot2530 on February 26, 2008

Saya pun keliru…dan terkejut…

Kedapatan situasi yang seperti mendesak di kalangan kelompok pemilik tanah2 yang terlibat di keseluruhan projek pembinaan jalan ke balai cerap ataupun mungkin situasi mendesak itu timbul dari pihak pemohon tanah itu, iaitu Pejabat Mufti. Hinggakan Majlis Penyerahan Cek pantas dilakukan… Tidak sabar mereka untuk memiliki tanah kalian, untuk kepentingan dan krediabiliti mereka. Mungkin.

Kenapa perlu secepat begitu majlisnya, sedangkan tempoh 42 hari itu ialah 24 Mac 2008 iaitu tempoh yg diberi oleh Pejabat Tanah bagi para pemilik tanah meneliti tawaran pampasan yang di berikan sebelum membuat keputusan.

Di khabarkan, pada Rabu, 6hb Mac 2008, akan di adakan satu majlis yang meriah, iaitu Penyerahan Duit (cek) Pampasan Tanah bagi projek pembinaan jalan dan tempat letak kereta balai cerap. Serentak dengan itu, juga majlis pecah tanah (entah projek apa?. Mungkin juga projek ini juga.)

Adakah ia kempen pilihanraya bagi memikat para pengundi. 8 hb Mac 2008 adalah hari mengundi.

Majlis telah dirancang, laksana tetap akan dilaksana. Jadi, jika kalian terus untuk menerima tawaran pampasan yang dinyatakan dalam BORANG H, SILA LAH DATANG ke Tanjung Bidara. Jika tidak, masih ada masa. Cek boleh ambil sendiri di Pejabat Tanah @ Pejabat Mufti Melaka. (Keliru juga… siapa yang anjurkan majlis ni).

Berita di atas dibawakan oleh Saris. Pulang dari Pejabat Tanah. Persoalan saya, ada yang tidak dapat dijelaskan.

Berkaitan Tanah Gantian, tidak ada keputusan. Mesyuarat EXCO sepatutnya di adakan sehari selepas tarikh Pembubaran Parlimen.

Pak Lah telah mendahului kepentingan kalian.

Selain itu, berkaitan Pendetailan Peryataan Tawaran yang diringkaskan dalam Borang H, juga gagal diperolehi.

Adakah saya juga yang terpaksa turun ke Pejabat Tanah untuk tujuan itu…

(Banyak cuti saya habis menguruskan Tanah kalian ini. Saki baki kerja ini, Saris banyak belajar dan sekurang2nya berkeyakinan untuk melaksanakan seorang diri. )

Lanjutan itu, pada dasarnya, kebanyakan pemilik Tanah Lot2530 telah menyetujui tawaran pampasan yang dinyatakan dalam BORANG H. Kecuali Jasmi dan Saris masih bersyarat dalam persetujuan.

2 Responses to “Majlis Penyerahan Cek katanya…”

  1. lot2530 said

    Biar saya semak keputusan kalian pemilik tanah.

    1. Ismail – Ikut sahaja, yang penting Saris dapat bahagiannya, iaitu tempat kediaman di lokasi baru.

    2. Piah – Tiada khabar. Tapi, ikut keputusan Saris.

    3. Saris – Perlukan penjelasan tentang details pampasan dan perlu dipastikan hak milik itu menjadi haknya.Pada dasarnya bersetuju.

    4. Midah – “Nak lawan kena bayar RM3000, mana nak carik duit tu… setuju je lah”

    5. Minah – Tiada khabar. Tapi ikut Saris.

    6. Jasmi – Perlu penjelasan lanjut. Jangan terus setuju.

    7. Zulkifli – ” Suruh sain, aku sain la…. lepas tu suruh hantar, aku hantar la…” Dia dah pos Borang H terus ke Pejabat Tanah. Cepat betul…

    8. Waris Rosnah – “Kenapa aku tak dapat. Mana duit aku.” Duit waris Rosnah di masukkan ke Amanah Raya, bukannya tak dapat.

    9. Waris Salim – Bersusah payah Rokiah ambik cuti, dan hantar Borang H ke Pejabat Tanah. Tapi, saya dah minta dia ambil balik. Dan dapat.

    10. Rosli – “Ha… apa…”

    11. Nenek – “Syukur.”

    Jadi, apa majoriti keputusan2 di atas?

  2. assalamualaikum, Man.
    Syukur alhamdulillah apa yang telah anda lakukan setakat ini. Walau apa pun kita kena bersatu utk membincang sehingga tempoh dalam surat itu tamat.

    Memang banyak yang berkepentingan ke atas tanah itu. Cuba2lah risik kat mane2 yang boleh dijadikan maklumat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: