Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Borang H

Posted by lot2530 on February 16, 2008

Ini yang dinantikan setelah melalui perbincangan (bicara tuntutan), perjumpaan dengan Pejabat Mufti Melaka dan lain-lain perbincangan yang tidak formal dan tidak langsung.

Borang “H”, ringkasnya adalah surat tawaran yang mengadungi nilai yang di tawarkan di atas sesuatu pengambilan tanah untuk sebarang tujuan oleh pihak kerajaan. Ia dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik yang tercatat di atas sijil hakmilik sahaja.

Apa yang perlu di lakukan dengan Borang H itu?

suratborangh.jpg

Setelah menerimanya, bacalah dengan teliti. Terdapat 3 tindakan yang perlu kalian pilih untuk di lakukan. Kalian kena lakukan dalam tempoh 42 HARI dari tarikh 12 FEBUARI 2008. ( 6 minggu)

—————————————

Pertama: Tandatangan. Menandakan kalian bersetuju dengan NILAI TAWARAN yang dinyatakan. Kembalikan satu borang tersebut. Maka, kalian akan menerima KESEMUA nilai tersebut, tidak beberapa lama kemudian.

atau

Kedua: Anda menerima NILAI TAWARAN tersebut tetapi DENGAN BANTAHAN. Tandatangan dan pulangkan satu borang tersebut ke Pejabat Tanah, di sertakan dengan borang bantahan (tak pasti). Maka, kalian akan mendapat dahulu 70% (atau 75%…lupa) daripada nilai yang dinyatakan. Selebihnya, ke mahkamah.

atau

Ketiga: Kalian menolak NILAI TAWARAN. Pulangkan borang tersebut beserta dengan satu salinan Borang “N” dan RM3,000.00 tunai.

—————————————

Berikut adalah surat dan Borang H yang di maksudkan.

borangh.jpg

Dalam borang tersebut tidak dinyatakan secara details perkara2 kecil yang di maksudkan oleh pihak Pejabat Tanah. Saya akan dapatkan senarai lengkapnya tentang setiap items yang diterima oleh setiap pemilik. Ia terutamanya yang melibatkan pendetailan Borang H untuk Saris dan Rosli. Ia melibatkan, rumah, binaan, kos pindah, dan sebagainya. Namun, pada Borang H Saris dan Rosli tidak di senaraikan lengkap. Nilai RM300 di dalam borang H di atas pun, tidak jelas tujuan dan maksudnya.

Tidak mengapa, setakat ini, saya simpulkan seperti berikut dengan nilai pampasan dari Borang-borang H yang ada pada saya.

1. Tanah = 60,224 kaki persegi = 1280 BAHAGIAN = RM3.90 sekaki.

2. Rumah Saris = RM66.66 sekaki persegi

3. Rumah Rosli = RM35,000 jumlahnya (berapa kaki persegi tak diukur)

4. Lain-lain kos akibat pengambilan (sukar dihuraikan sekarang ni… tunggu senarai langkapnya daripada Pentadbir Tanah.

5. Tambang Bicara Tuntutan, RM50.00.

Bagaimana PENERIMAAN kalian?

ps: Isu gantian tanah tidak akan dinyatakan dalam Borang H ini. Ia satu isu budibicara yang lain, tetapi saling berkaitan dan selari dengan persetujuan pengambilan hakmilik tanah ini.

4 Responses to “Borang H”

  1. ok, saya dah baca. Pendetailan itu sangat penting. Minta dia warkan sekali. bukan cara tersembunyi. Cara yang dibuat begini ada perkara-perkara yang menyebabkan kita akan kerugian.

    1. Terutamanya kos-kos yang melibatkan pembinaan, perpindahan, pengangkutan serta upah tenaga buruh yang akan digunakan.

    2. Surat dari pejabat mufti berkenaan gantian tanah sama banyak amat diperlukan sebagai mengikat perjanjian semasa perbicaraan dihadiri oleh pejabat tanah, jkk, yb dan lain-lain. Kita tidak mahu cakap-cakap sahaja.

    3. jika perbicaraan dulu mengikut luas tanah asal (66,244) kaki persegi memang ada. tetapi telah dikecil sebab akan wujud orang-orang yang tidak berhak di atas tanah ini akan mengambil bahagian tanah tersebut dan hak kita menjadi semakin kecil sahaja. Ini akan kita bincangkan kemudian untuk pengetahuan saudara leman.

    4. kiranya berkesempatan, tolong baca Akta Kanun Tanah Negara atau dapatkan buku tersebut nanti kita perincikan apabila saya balik nanti.

    5. sebab tiu saya baca surat tersebut tidak dijelaskan secara terperinci. Kawan saya ada pengalaman ini, apabila kita tandatangan surat setuju yang lain-laian tidak muncul lagi kerana ini adalah dokumen yang digunakan sebagai bukti sah di mahkamah.

    6. adakah kita hendak membawa perkara ini di mahkamah? Kita kena rujukan Akta Tanah Negara apa perlu dibuat dan prosecur kerana dalam kanun acara Jenaya polis pun ada keterangan tentang tanah yang hendak diambil kerajaan.

    Ok. Thanks,

  2. berkenaan rumah rosli itu cuba buatkan anggaran kaki persegi. Sebab rumah itu telah dirobohkan. Jika tidak kita akan bertindakan ke mahkamah. anggaran rumah itu jika tidak silap saya panjang 40 kaki dan buka 20 kaki persegi.

    Ini perkara-perkara yang boleh dituntut di mahkamah untuk rosli dengan kos bayaran, RM35 000 itu anggaran kos PPRT. PPRT Tidak termasuk bayaran ini.

    bagaimana dengan kos pokok-pokok, seperti pokok petai yang ada 3 batang kat rumah rosli 2 batang kat reban kambing dan 2 batang dekat b ujung tanah kita tu,3 batang pokok kelapa, durian 5 batang dekat rumah rosli, reban kambing yang boleh diambil kira jangka panjang 25 tahun perlu diambil kira.

  3. Oleh itu rakaman perbicaraan dengan Mufti, Pejabat Tanah, JKK, dan YB pada perbicaraan pertama amat penting dan amat bermakna jika ada dibuat catatan.

  4. lot2530 said

    Ya. Penyataan Lengkap senarai bayaran tuntutan akan cuba di dapatkan.

    Tentang perjanjian untuk mengantikan tanah setara dengan keluasan tanah yg di ambil adalah tidak wujud. Ia cuma hasil perbincangan yg di buat dr meeting dan ia setakat itu sahaja!

    Namun, kesaksian kalian yg menghadiri meeting tersebut amat dipelukan sekiranya, keluasan tanah gantian menjadi kes utama.

    Hakikatnya, Saris TELAH dan HANYA memohon keluasan 0.3 HEKTAR SAHAJA!!!

    Berkenaan rumah rosli. Perkara tersebut amat rumit untuk di buktikan.

    Kesungguhan majoriti daripada kalian, memungkinkan kegagahan kita untuk membawa kes ini ke mahkamah. Namun, kelonggaran kesefahaman akan melunturkan peluang memenagi kes itu di mahkamah…

    Perlu atau tidak, kes ini ke mahkamah adalah hasil keputusan kalian. Saya, sedaya upaya membantu, apa yg termampu.

    Akhirnya, selagi perkara details tidak diperolehi… sukar untuk mendapat keputusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: