Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Gambar Kenangan Cuma

Posted by lot2530 on January 31, 2008

Salam.

Ada antara kalian yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan terkini berkaitan Pengambilan Tanah. Namun, apa yang boleh saya nyatakan perkembangannya ialah seperti berikut;

1. Tiada apa yang dapat dilakukan selain menunggu proses seterusnya berlaku, iaitu penawaran nilai pampasan yang bakal dikeluarkan melalui BORANG G oleh Pejabat Tanah Alor Gajah. Jika, ia telah selesai maka, langkah seterusnya baru terbuka. Sama ada kalian (a) Terima (b) Terima dengan bantahan atau (c) Menolak.

2. Saya secara peribadi amat TERKILAN dengan keputusan Dak Ani berkaitan dengan permohonan rumah PPRT. Menolak rezeki. Apa salahnya, dia memohon, dan biarkan adik-beradiknya yang lain duduk di rumah tersebut. Yang pentingnya, dia cuma perlu setuju dan mengesahkan kepada JKKK bahawa dia amat memerlukan rumah tersebut. Itu sahaja yang diperlukan. Namun, DIA TIDAK NAK!…

3. Pengurusan Bicara kuasa juga sedang menunggu panggilan daripada Pejabat Kuasa Kecil di Peringgit Point. Prosesnya adalah agak panjang, dalam 6 bulan.

Lantaran itu, tiada apa yang perlu dikhabarkan. Dan Gambar-gambar kenangan ini saya muatkan untuk tatapan semua.

sarisjasmiismail.jpg

“September 11, 2007. Pahang. Dari kiri ke kanan, pasti kalian tahu.”

maklong.jpg

“02.02.2008. Piah” 

Leave a comment