Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

PRINSIP GANTIAN TANAH DALAM PENGAMBILAN HAKMILIK LOT 2530

Posted by lot2530 on January 21, 2008

Adalah penting dan mesti bagi kalian memahami Prinsip GANTIAN TANAH ini.

Andainya, di takdirkan Lot 2530 tiada berpenghuni, Tanah Gantian adalah bukan perkara yang akan di pertimbangkan oleh pihak berkuasa tempatan. Maksudnya, kalau tanah tu, tak ada orang duduk, maka, Pejabat Tanah tidak akan buat gantian tanah. Gantian tanah tidak tertakluk dalam akta kanun tanah. Dengan kata lain, sekiranya SARIS dan ROSLI tidak duduk di situ (mungkin rumah sebelumnya atau tempat lain), maka soal gantian tanah tidak wujud.Tiada seorang dari kalian akan mendapat tanah gantian. Mungkin.

Antara Prinsip Tanah Gantian.

1. Sebidang tanah yang diberikan kepada kalian, untuk mendirikan rumah bagi mereka yang rumahnya terlibat dalam pengambilan.

(Komen : Andainya sebidang tanah gantian yang di berikan kepada kalian hanya muat2 untuk mendirikan rumah (SARIS dan ROSLI), maka, kalian yang lainnya, tidak mendapat apa2 (Selain duit pampasan). Dalam kes kalian, luas bahagian SARIS di Lot 2530 ialah 5365 kp, maka itu jugalah keluasan tanah gantian yang Saris akan dapat untuk sebuah rumah. Begitu juga ROSLI.)

2. Sebidang tanah kerajaan, yang perlu di pohon oleh SEORANG PEMOHAN (jika Status Pertanian dan < 1 ekar).

(Komen : Dalam kes kalian, keluasan tanah gantian adalah di bawah 1 ekar. Seorang Pemohon sahaja layak. Dalam Hakmilik nama pemohon sahaja.)

3. Perlu di bayar nilai premiumnya.

(Komen : SARIS perlu membayarnya. Tidak akan ditolak dari pampasan tanah lot 2530.)

4. Tanah Gantian bukanlah salah satu dari PAMPASAN.

(Komen : Harga tanah lot 2530 adalah tidak dipengaruhi disebabkan oleh pemberian tanah gantian. Kerajaan akan bayar RM3.00 skp, tanpa pemberian tanah gantian dan kerajaan akan tetap membayar RM3.00 skp dengan tanah gantian. Itu sepatutnya yg berlaku dan dilakukan.)

5. Pemberian tanah gantian adalah salah satu budi bicara daripada kerajaan tempatan.

(Komen: Tidak semua kes, dalam pengambilan hakmilik, meraka akan mendapat gantian tanah. Sebagai contoh, dalam pengambilan tanah pembinaan jalan ke Balai Cerap. Anda perhatikan, HANYA tuan tanah yang rumahnya terlibat sahaja di berikan tanah gantian (itupun atas rundingan, desakan dan budibicara serta juga rezeki). Kenapa, orang lain tidak di berikan tanah? Sebab, tiada rumah yang terlibat. Itu, bahasa mudahnya. Hakikatnya, kalau kerajaan tak bagi tanah gantian pun, dia tak salah… itulah kelemahan akta!) 

Lantaran itu, berdasarkan prinsip2 tersebut, kalian dapat memahami hak2 kalian.

Kalian boleh komen.

2 Responses to “PRINSIP GANTIAN TANAH DALAM PENGAMBILAN HAKMILIK LOT 2530”

  1. kita kena lihat bagaimana penduduk tanah merah di bawah kerajaan Rahim tambicik. Adakah mereka tidak dapat tanah? akhirnya mereka dapat juga hak. Tanah-tanah itu ada nama dan bahagiannya. Kerajaan tidak mahu bayar tetapi kerajaan boleh tak ceroboh tanah yang ada hak milik?

    Kita sama fikir-fikirkan lah. Mereka cakap atas akta kita pun kena cakap atas akta juga. Ok, buat yang terbaik. Allah bersama orang yang benar. Insyaallah

  2. teruskan perjuangan. saya akan hubungi kalian lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: