Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

+- 0.3 HEKTAR

Posted by lot2530 on January 19, 2008

Salam.

Beberapa hari tiada dorongan yang kuat untuk melakukan update. Hari ini, ya, ada.

 plantanahganti1.jpg

 Boleh dilihat di plan di atas. Diwarnakan dengan lingkaran merah jambu adalah tanah yang dipohon bagi menempatkan penghuni sedia ada di Lot tanah 2530. Saris yang mendapatkan dan membuat pembelian plan di atas di Pejabat Tanah, setelah 2 minggu menanti kepastian keluasannya.

Setelah dibincang, dikenalpasti dan lawatan ke lokasi sebenar, maka terhasil plan di atas untuk dibawakan bersama dengan borang permohonan yang terlebih dahulu telah di dulukan kepada pegawai yang berkenaan.

Tanah di pohon adalah di sebelah kanan, jalan menuju ke Taman Bidara Palma. Di simpang tersebut terdapat gerai/warung Hashim Gagap, dan ia di khususkan sebagai tanah majlis oleh Pejabat Tanah.

Bentuk tanah sememangnya tidak menarik minat. Berkeluasan anggaran, 0.3 HEKTAR = 0.7413 EKAR = 3000 mp = 32,280 kp. (Converter, rujuk : http://digitaldutch.com/unitconverter/). No LOT PT1600. Berkecerunan 10 %. Bertanam dengan pelbagai tanaman (pisang, mangga dll), semak, berpokok besar.
Seterusnya, plan yang di bawakan Saris, saya kena uruskannya lagi. Fotocopy, 20 keping, hantar dan bayar permohonan sebanyak RM50 di Pejabat Tanah AG.

Saya secara peribadi dapat menganggarkan nilai keluasan yang sebenar. Ia dengan nilai yang saya dapatkan sebelum ini iaitu 2878 m persegi (0.71 EKAR) . Ini termasuk tanah reserves  majlis yang ada.  Sekiranya, di tolak, tinggal 2541 m persegi = 0.62 EKAR.

Lantaran itu, kadar keluasan masih diperingkat awal , dan nilai yang tepat adalah 0.62 EKAR = 27,351 k persegi. Itu jangkaan saya.

Mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: