Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

TANAH GANTI

Posted by lot2530 on January 9, 2008

Syukur.

syukurkepadatuhan.gifLanjutan daripada surat yang di hantar kepada MUFTI dan cc kepada Pemimpin paling atas negeri hingga ke JKKK Kg Balik Batu, maka Pejabat Mufti dan Pegawai Daerah menawarkan sebidang tanah di tepi jalan menuju ke Taman Bidara Palma.

Ini bermakna, penempatan bagi Saris dan Rosli yang nyata bakal mendapat tempat baru. Segala proses untuk memohon tanah berkenaan sedang di lakukan dan keutamaan kes adalah satu jaminan kepada saya dan waris.

Adalah di harapkan segalanya berjalan lancar. Ia juga bukan satu jalan yang lurus dan mudah. Ia melibatkan banyak komitmen masa, malahan wang ringgit dan tenaga.

Apabila segalanya menjadi kenyataan, gantian tanah adalah <1 ekar dan setiap waris berhak di atas tanah baru tersebut tanpa persoalan dengan bahagian yang sama rata. Namun penama di atas Surat Hakmilik adalah nama pemohon. Saris adalah pemohonnya. Saya menunjukkan dan mempermudahkan jalan kerjanya.

Namun, sebilangan waris akan menyerahkan/menjual hak di atas tanah baru tersebut kepada sesiapa di kalangan waris yang bersedia untuk membangunkan dan menjaganya.

Sekian. Segalanya masih terlalu awal. Rezeki tidak akan ke mana.

2 Responses to “TANAH GANTI”

  1. jasmisabtu said

    Ok laa man. Saya pun tidak banyak isu nak bangkitkan. Jikalau midah nak tanah tu, bagikan bagian saya kepadanya. Saya tidak kesal dan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak. Kiranya itu cara yang boleh diselesaikan. Teruskan perjuangan. Janganlah ada lagi penangguhan. Saya sudah rasa betapa sukar menyelesaikan masalah ini. Ok. Kuatkan semangatmu…

  2. lot2530 said

    Isunya tidak sukar mana pun. Cuma ketidak jelasan maksud keputusan yang di buat itu yang menyebabkan kesukaran.

    Keputusan sebelum meeting dengan MUFTI, adalah KEKAL. Tiada perubahan.

    Prinsip gantian tanah dalam kes Pengambilan Tanah Lot 2530 akan saya perjelaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: