Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Pengambilan Hak Milik Tanah

Posted by lot2530 on January 8, 2008

Yang Telah dilakukan.

Terdapat ura2 sejak dulu lagi, bahawa tanah yang berhampiran dengan Balai Cerap berisiko untuk dibangunkan. Episod itu semakin menyerlah apabila pembagunan Fasa kedua kemudahan tersebut hampir selesai, dan sekarang ini akan menuju ke fasa ketiga pembagunannya. Dan keadaan sukar dikawal apabila Pedana Menteri merasmikan Perkampungan Hadhari pada 01.12.2007.

Tanah diwartakan pada 06.12.2007, untuk tujuan pembinaan Jalanraya, Tempat Letak Kereta dan Landskap.

Apa kaedah2 proses pengambilan? Dapatkan di sini.

Apa pula hak anda apabila tanah di ambil oleh kerajaan. Dapatkan di sini pula.

Sebelum tanah itu selamat di wartakan, saya dapati, tiada siapa dikalangan pemilik tanah yang dimaklum, atau mengetahui makluman umum yang sepatutnya dikeluarkan oleh pejabat tanah. Ya… mungkin terlepas pandang dan dengar.

Kerisauan bertambah apabila kerja2 pembinaan jalan di mulakan di atas tanah pada 25.11.2007, hari AHAD. Dalam lingkungan jam 9 pagi. JKR melakukan kerja2 penebangan pokok, meruntuhkan rumah dan segala binaan, dan melakukan apa sahaja di atas tanah tersebut sehingga selesai sebatang jalanraya. Ketika itu orang kampung, pemilik2 tanah, JKKK, Penghulu, DO, ADUN, Pegawai JKR, Pegawai2 Pejabat Tanah, lantas, Pegawai JKM, Pegawai UPD, Pegawai Baitulmal datang berpusu2 dan bergilir2. (Gambar)

Apa yang telah dilakukan,di usahakan. Kenapa dan mengapa perlu ke sana dan situ, saya akan huraikan kemudian. Berikut ringkasan dulu.

1. Pergi ke Pejabat Daerah, ahhh… berulang kali…

2. Ke Pejabat JAPERUN, berulang kali juga.

3. Ke Pejabat Kompleks Komuniti Paya Rumput

4. Ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

5. Ke Pejabat Setiausaha Negeri

6. Ke Pejabat Unit Perancangan Ekonomi

7. Pejabat Peguam

8. Surat kepada Mufti.

9. Bincang dengan JKKK Balik Batu

10. Bincang dengan ADUN, Penghulu, JKKK

11. Usahakan rumah PPRT

12. Ke Pejabat Unit Pembagunan Desa

13. Mana surat milik tanah kau?

14. Hantar ROSLI dan xxx angkat sumpah.

15. Photo copy dokumen, semata2 untuk rujukan kalian nanti.

16. Hantar surat mohon grant tanah.

17. Hantar notis buang kaveat.

18. Jumpa DO.

19. Selidik perkembagan tanah.

20. Ambil surat notis tuntutan.

21. Ke Pejabat Penilai.

22. Tak jumpa Mufti lagi.

23. Bicara Tuntutan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: