Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Pendahuluan.

Posted by lot2530 on January 8, 2008

Nasib Saya

Salam.

Kepada semua yang berkepentingan di atas Tanah Lot 2530, Mukim Kuala Sungei Baru Tengah dan seisi keluarga.

Di kesempatan yang terhad dan memaksa ini, apa kiranya semua yang berkepentingan di atas tanah tersebut, mentela’ah apa yg saya huraikan, jelaskan, muatkan dan pamerkan di sini. Luangkan sedikit masa yang berkualiti kepada saya. Bukan waktu-waktu sepertimana tika kalian meluangkan masa sambil minum teh o dan keropok lekor. Turuti dan telitikanlah dengan perlahan isi kandungannya. Segalanya semata2 untuk infomasi semua dan saya pasti ianya sungguh bererti kepada yg mengkehendakinya. Di akhir nanti, pasti ia akan memberi banyak manfaat-manfaat yang sangat menguntungkan kepada kalian dan generasi seterusnya.

Biarpun dikala penulisan ini disusun mungkin ada yg masih tidak jelas dan kabur, namun jika kalian memperuntukan sebaik-baik masa, mendalami dan memahami semua lenggok bahasanya, pasti kalian dapat huraikan segala yang tersirat dengan lebih jelas dan teratur. Tugas ini bukan mudah sebenarnya kerana memerlukan sepenuh perhatian dan penelitian agar kesan dan bahan yang diutarakan kelak mendapat kepuasan dan kejelasan semaksima mungkin untuk semua.

Perlu difahami bahawa laman ini bukanlah untuk tatapan UMUM, apatah lagi untuk dipropogandakan bagi kepentingan mana-mana pihak. Laman ini terhad kepada yang berkepentingan sahaja agar dapat dijadikan bahan rujuk untuk mengatahui perkembangan demi perkembangan yang berlaku di dalam fenomena yang kalian sedang hadapi.

Segala informasi yang boleh kalian capai melalui laman ini adalah hak mutlak milik saya, dan semuanya berlaku atas inisiatif saya sendiri, kebenaran kandungannya adalah kewibawaan saya. Saya tidak sesekali mewakili sesiapa di antara yg berkepentingan (Kalian sendiri akhirnya akan nampak ia tidak menyebelahi mana2 pihak). Sekiranya didapati ada, ini adalah hasil kesinambungan daripada tindakan orang2 yang berkepentigan yang mana saya bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan bahan-bahan ini.

Sekali lagi saya jelaskan, saya hanyalah perantara yang hanya menyampaikannya dalam bentuk pandangan PERIBADI saya. Oleh itu, kalian tidak wajar menuntut apa2 yang melibatkan keuntungan di masa akan datang. Semata-mata untuk yang berkepentingan sahaja.

Satu persoalan yang pasti seringkali bermain-main dibenak kalian. Mengapa saya harus bersusah payah untuk melakukan semua ini sedangkan saya bukanlah orang yang berkepentingan dalam permasalahan ini?

Sesungguhnya, tiada sesiapa yang memaksa saya meluangkan masa untuk memicit2 keyboard komputer ini, kemudian memerah otak untuk menyusunnya. Segalanya bukan semudah apa yang tertera dihadapan mata kalian. Setiap saat-saat yang berlalu, kerja ini tidak habis begitu saja sebaliknya harus di upload ke server di internet, membayarnya setiap tahun, perlu kata laluan dan pendaftaran. Dan yg penting dari itu, tanggungjawab kandungannya digalaskan sepenuhnya atas bahu dan kepala saya sahaja. segala risiko dan kemungkinan berlaku tidak langsung dipertanggungkan ke atas kalian.

Saya tegaskan sekali lagi, web ini adalah semata2 pandangan peribadi saya hasil penelitian sepanjang mengikuti perkembangan dari masa kesemasa.

Berbalik semula kepada persoalan tadi, kenapa saya harus bersusah payah untuk melakukan tugasan ini dan itu, ke sana dan kemari, dan berulang2, jawapannya ringkas sahaja, SEBAB TIADA YG SANGGUP ATAU TAMPIL UNTUK MELAKSANAKANNYA. (Sekiranya ada, sila lakukan perkara ini segera dengan baik dan betul, supaya yg mewarisinya tidak perlu berada dalam kepayahan, penyesalan dan kerumitan yang menyiksa, merugikan semua, menganiaya mereka yang hak kerana masa semakin suntuk untuk dipersoalkan itu dan ini apatah lagi untuk dipertikaikan hal-hal yang terlalu remeh).

Yang baik datang dari Allah dan Yang buruk datang dari Allah juga di atas kelemahan saya sendiri. Sesungguhnya apa yang saya lakukan atas niat yang ikhlas untuk membantu dan meringankan beban mengikut kemampuan saya.

Seperti kata-kata di dalam hadis ini “Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” Riwayat Muslim.

Untuk tujuan ini, saya akan rangkumkan mereka yang berkepentingan,yang berurusan, yang membantu kalian di suatu halaman berasingan secara lengkap dengan nama, alamat, dan nombor telefon.

Tidak dinafikan juga, kalian yang berkepentingan banyak memberikan kerjasama, pandangan, tunjuk ajar dan sokongan selama ini dan diharapkan berterusan pada masa-masa mendatang. Saya sangat menghargainya luangan masa dan usaha yang digembeling bersama-sama. Jutaan terima kasih saya dahulukan di atas segalanya.

Lantaran itu, tidak dapat dielakkan nama2 orang2 yang tertentu TERPAKSA saya sebutkan agar penyampaiannya kelak memudahkan kalian untuk membuat kesimpulan dengan jelas. Maka, janganlah kelak ada di antara mereka yang telah saya sebutkan namanya menuntut royaliti atau sebagainya semata-mata mencari keuntungan sedangkan seawalan lagi telah saya jelaskan laman ini bukan dibina untuk tujuan komesial atau sebarang tuntutan.  Sedayanya juga saya cuba menyampaikan secara halus dan telus agar tidak mencemarkan nama mana2 pihak atau individu yang terlibat dengan orang2 yang berkepentingan ke atas tanah ini serta kes2 yang berkaitan dengannya.

Laman ini akan di kemaskini dari masa ke semasa mengikut kesesuaian perkembangan.

Wah panjang sekali penerangan pendahuluan saya…

Ayat saya mungkin sukar difahami jika kalian menbacanya sebaris sehala dengan kelajuan tinggi ditambah dengan hati dan akal yang berpeleseran. Sedikit yang saya mahu kalian renungkan sedalamnya tentang hadis ini:

“Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Riwayat Muslim.

Dari Jabir r.a katanya rasulullah s.a.w bersabda:”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang yang diberi suatu pemberian maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila dia meninggal menjadi milik keturunannya.” (Muslim)

Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,:”Manusia diciptakan Allah mempunyai tiga ratus enam puluh ruas. Maka siapa yang membaca takbir, tahmid, tahlil, tasbih dan istighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalanan serta mengajak orang kepada kebajikan dan mencegah kepada yang mungkar sebanyak tiga ratus enam puluh kali itu, nescaya dia terhindar daripada api neraka pada hari itu.” (Muslim)

saya – merujuk kepada saya yang memicit keyboard ini.

orang berkepentingan – saya rujuk kepada pemilik tanah dan waris2 sahaja.

seisi keluarga – semua waris (anak, cucu dan cicit Hj Sabtu)

Ya. Saya mulakan. Mari.

Kepada saudara2 yang berkepentingan.

Saya dapati, terdapat beberapa kes tertangguh di atas keluarga keturunan Hj Sabtu (ya… saya terus sebutkan namanya) yang saya perhatikan ianya menyebabkan setiap orang yang berkepentingan sering tertanya2 dan memerlukan penyelesaian yang segera atau pun yang lebih utama ada orang yang tampil membantu, mencari jalan dan menyelesaikannya. Kerana sebahagiannya amat memerlukan.

Tanpa langkah pertama, pasti semua kes tersebut tetap berkubu di tempat asalnya. Ya… berkubu disitu dan tak akan kemana. Dan kubu itu semakin lama semakin kukuh. Sukar ditembusi. Semakin lama semakin payah dan kekuatan semakin tua dan pengantinya semakin rapuh untuk bekerja menembusinya. Ia tidak akan keluar sedikitpun jalan penyelesaiannya malah sedikitpun tidak akan memberi apa2 faedah kepada orang2 yang berkepentingan. Malahan lama kelamaan ia boleh terkubur di situ selamanya.

Dan sesungguhnya sebelum ini, sudah terlalu banyak juga perkara2 yang telah diusahakan bersusah payah. Dan saya dapati ia dilakukan dengan baik dan betul. Maka, tugas itu, diteruskan sahaja. Di tambah sana dan sini, mengikut peredaran masa. Yang datang dan pergi. Yang lama belum selesai, datang pula yang baru.

Namun, tidak ada usaha yang sia2. Saya yakin. Kalian sebelum ini telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya. Semua itu tidak akan sia-sia.

Alang2 mencelup pekasam, biar sampai kepangkal lengan.

Namun, ada juga kes yg saya ketepikan dahulu. Seperti Jual Beli Tanah oleh Hj Sabtu dan rakan kongsi. Ia tidak banyak menganggu dan merunsingkan. Kalian dah tangani dengan bijak dan yang penting… SEGERA…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: