Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

MEETING DENGAN MUFTI DI BALAIRAYA KG BALIK BATU, TG BIDARA

Posted by lot2530 on January 8, 2008

04.01.2008, 9.00 am, Balairaya Balik Batu, Tg Bidara.

 meetingmufti1.jpg

(Dari KIRI : MUFTI,YB ADUN, Tuan DO, Penghulu)

Yang Hadir: YB ADUN Tg Bidara dan SU, Datuk Wira Mufti, DO Alor Gajah dan pegawainya, Wakil UPEN, Penghulu, JKKK, Semua Pemilik Tanah atau Wakil Hadir, Kecuali nenek Masjid Tanah dan waris Rosnah. Saya berkesempatan hadir, mewakili Jasmi kononnya. Joe dan Bujang, Zul dan isteri, Ismail dan anak, Saris dan Isteri, Minah dan juga Rokiah.

Dipengerusikan YB, doa, Mufti memberi penerangan misi, tujuan dan kepentingan pengambilan. Balai Cerap Terbesar di Msia (nak jadi terbesar di dunia), ada dewan 400 orang, 200 bilik hotel, jadi nak parking dan jalan terus dari Tg Bidara Beach Resort. Itu merupakan Fasa 4. Menerangkan 2 cara penyelesaian. Kemudian tuan DO memberi penerangan tentang peranan, hak pemilik tanah dilindungi di bawah Seksyen 8 Perlembagaan Persekutuan, dan jumlah pendetailan pampasan.

Selain itu, YB, Datuk Mufti dan DO, berterus terang dan meminta maaf serta ucapan terima kasih(dgn kerjasama) di atas pembikinan jalan di atas tanah tersebut. Tidak dapat ikut procedure yang sah.

Dua cara Penyelesaian yang di tawarkan oleh Pejabat Mufti atas bicara dengan pihak DO dan bantuan ADUN.

1. Di bayar pampasan seperti amalan biasa pengambilan milik tanah. Jika tidak berpuas hati buat rayuan di Mahkamah dan kos ditanggung oleh kerajaan. Tanpa ada tanah gantian.

2. Di beri tanah yang telah jelas kedudukannya (saya jangka tidak sampai 1 ekar sahaja) dan di bayar lebihan pampasan. Bagi membolehkan waris yang duduk di situ dapat mendirikan rumah baru. Lokasi di Tapak kedai Hashim Gagap. Premium tanah di tolak dari jumlah pampasan.

Tuan DO menerangkan seperti di bawah tentang jenis pampasan yang di tawarkan.

1. Tanah : RM2.70 = RM162,658.80.
2. Binaan dan Bagunan
>>> Rumah (dikira 1200 kaki persegi) : RM75 sekaki persegi = RM90,000.00
>>>Reban2, Pondok, Pagar dll : RM2,600.00
Jumlah : RM92,600.00

JUMLAH SEMUA : RM255,258.80

Tuan DO akan memberi maksimum kuasa untuk menaikkan harga tawaran terus kepada 20% (Pejabat Tanah tiada HAK untuk beri selebih dari 20%), dan Datuk Mufti memberi kepada 30%. Ini dinyatakan sendiri oleh DO dan dicelah oleh Mufti. Maka,
Harga Pejabat Tanah : RM255,258.80 x 1.2 = RM306,310.56
Harga Pejabat Mufti : RM255,258.80 x 1.3 = RM331,836.44

Maka, saya dan Saris serta yang lain mampu membangkitkan perkara2 berikut, dan tindakan oleh Pejabat Tanah dalam pengiraan Pampasan. Perkara berikut tidak dimasukkan lagi di tawaran di atas.

1. Rumah Rosli yang diroboh.
Jawapan DO : Akan di ambilkira dalam pampasan.

2. Terdapat usaha untuk mengkomesialkan tanah tersebut, dan proses sedang berjalan.
Jawapan DO : Minta di serahkan bukti usaha yang telah, sedang dan akan dibuat ke atas tanah. Akan di ambilkira kos yang telah dikeluarkan.

3. Gantirugi Pencerobohan di atas Pembinaan Jalan, Seperti KOS PENCEROBOHAN, KEROSAKAN (Bagunan dan Pokok), TRAUMA, dan KOS PERPINDAHAN.
Jawapan DO : Akan di ambilkira juga nanti.

Bagi yang ke-3 jumlah nilainya terlalu subjektif. Kalau tidak berpuashati dengan jumlah yang ditawarkan, saya akan bawanya ke Mahkamah dan ia akan menyulitkan. Saya telah memberi sedikit usulan terus kepada DO. ” Di harap, pihak tuan memberi sebaik pertimbagan tentang kes pencerobohan tersebut, dan sekiranya kami dapati ia tidak memuaskan perkara itu akan menjadi lebih rumit (ke Mahkamah)”

Jika cara penyelesaian yang kedua dipersetujui. Perkara berikut akan dilakukan.

Pemilik dikehendaki memohon tanah yang di berikan di Pejabat Tanah. Pejabat Tanah akan meluluskan. Pasti. Satu orang sahaja. Dari jumlah apa2 pampasan tanah (bukan bagunan), akan di tolak premium tanah dan selebihnya di bahagikan.

meetingmufti2.jpg

(Tengoklah sendiri. Ketika menunggu ketibaan MUFTI)

Akhirnya, semua yang hadir di meeting ini bersetuju untuk mempertimbangkan Kaedah Penyelesaian Ke 2, dan akan memberikan Jawapan Muktamad pada hari ISNIN, 07.01.2008.

Bagi saya, apa juga pilihan yang kalian pilih, sama ada 1 atau 2, yang pasti kalian akan SENTIASA mengalami kerugian. Mana sama nilai warisan dengan wang ringgit, dan hakikatnya kalian boleh mengkomesialkan tanah tersebut dan nilainya adalah JUTAAN RINGGIT.

Namun setelah, dibincangkan semua memilih pilihan ke 2 dan perlu diusahakan pampasan yang sewajarnya. Pada saya, pilihan ke 2 jauh lebih baik dari pertama.

Seterusnya, minta disegerakan penyerahan laporan Penilai Swasta. Dan mendapat jaminan YB supaya Rosli dapat bantuan Baitulmal dan waris Rosnah mendapat rumah PPRT.

Juga dibincangkan, hal pusaka kecil, ASB amanah Ismail kepada semua di rumah Saris selesainya meeting.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: