Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431/2010

Posted by lot2530 on September 8, 2010

Salam.

Masa berlalu tu begitu cepat. Dulu sehari bagai 1000 tahun, sekarang ni sehari bagai seminggu, dan tidak lama lagi sehari itu sesingkat hari-hari biasa.

Raya yang lepas tidak habis berbekas lagi, raya yang baru sudah datang menganti. Bezakah raya tahun lepas dan tahun ini?

Jawapannya, sudah tentu ada beza. Apa bezanya?

Posted in Lain-Lain | Leave a Comment »

Tuntutan Pusaka Rosnah

Posted by lot2530 on December 25, 2009

1. ASB (Jumlah besar)

Setelah selesai urusan perbicaraan pusaka, pergi ke PNB, bawalah dokumen2 yg berkaitan, sampai di PNB, terangkan hajat untuk menuntut duit pelaburan si mati kepada pekerja PNB. Perkara berikut akan sudah pasti akan dilakukan, sesudahnya. Dan sebeban borang.

1.1 Isi bahagian yang perlu, oleh pemohon.

1.2 Setiap pewaris yg di sebut dalam surat perintah perlu mengisi pada sebahagian borang yg sama. (Nama, alamat, Tel, No akaun ASB jika ada, jumlah bahagian duit yg dapat)

1.3 Cap jari semua pewaris.

1.4 Fotocopy surat mati. (sijil kematian)

1.5 Fotocoy KP setiap pewaris.

1.6 Serahkan Buku ASB si mati nanti. Jika ada.

1.7 Belilah setem hasil RM10.

1.8 Semua pewaris dah isi, pemohon pergi angkat sumpah. Bukan kat dewan rakyat, kat mana2 pesuruhjaya sumpah di sekitar pekan2 atau bandar2. Kena paw RM5-RM10 sahaja.

1.9 Dah tu, pergi ke kedai fotocopy, buat satu salinan untuk simpanan. Fotocopy kesemuanya, termasuk KP dan sebagainya.

1.10 Pada waktu pejabat, hantarkan ke pejabat PNB.

1.11 Pengalaman saya, pengeluaran duit tidak melebihi 3 bulan, kes biasa 2 bulan kompem. Waris yg tak ada akaun di ASB, dapat cek, yang ada, terus ke akaun ASBnya.

1.12 Selesai.

Begitulah yg saya lalui juga dalam urusan penuntutan pusaka Rosnah, dan sekarang sudah selesai, duitpun rasanya dah selesai….

2. AMANAH RAYA BERHAD

Kalau nak tuntut harta pusaka yg di amanah raya ni, pastikan tahu, dari sumber apa, berapa jumlah. Bawa ke bicara kuasa dan akan dapat surat perintah. Dengan surat perintah, maka 90% urusan tuntutan pusaka sudah selasai.

Adalah perlu pergi dapatkan nombor rujukan akaun di ARB sebelum bicara.

2.1 Pergi ke ARB mana2. Gebang2 dengan pekerja kaunternya. Apa tujuan anda. Bawa le surat perintah yang original.

2.2 Ikut je le arahan daripada dia. Huhuhhhh.. jangan masa pergi lengang kangkung. Pemohon perlulah waris, bawa semua salinan KP waris, surat mati dan apa2 yang perlu. Bukan senang juga kalau blerrr…

2.3 Sebelum balik, di bagi nombor rujukan kes, dan telefon.

2.4 Paling lama, kalau ARB tak call, lepas 3 bulan call la ARB, sebutkan nombor kes.

Dan sekarang dua perkara itu sudah selesai untuk pusaka Rosnah. Syukur.

Posted in ASB, Pusaka Kecil | Leave a Comment »

Kenduri lah sikit di rumah Rosli

Posted by lot2530 on August 25, 2009

25 April 2009.  Tengah hari kenduri makan memang menyenangkan. Dengan tiupan angin yang kencang.  Kipas angin pun tak boleh lawan.

bukan-bujang-lapok

Posted in PPRT, Waris | Leave a Comment »

Ku Beri yang kekal, harus juga ku miliki yang kekal.

Posted by lot2530 on August 25, 2009

Belum boleh, mana boleh pindah sekarang.

Grant tanah tidak dapat diselesaikan lagi.

ps: Buat surat lagi… email tak layan…

SARIS BIN HAJI SABTU

Jalan Balik Batu 2,

Kampung Tanjung Bidara,

78300 Masjid Tanah,

Melaka.

Rujukan Kami : MCL33/2009/02

Rujukan Tuan :


25 OGOS 2009

Kepada;

DATUK WIRA HJ. RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH

Mufti Negeri Melaka,

Jabatan Mufti Negeri Melaka,

Kompleks Majlis Agama Islam,

Aras 2, Imarah A,

75400 Bukit Palah,

Melaka.

Tuan,

PENANGGUHAN KELUAR DARIPADA TANAH LOT 2530 MUKIM SUNGEI BARU TENGAH MELAKA – UNTUK MEMBINA JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya memohon membuat penangguhan untuk keluar daripada kediaman di tanah Lot 2530, sehingga grant kekal bagi tanah di PT1600 HSM 1300 MUKIM SUNGEI BARU ULU, DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA saya perolehi.  Sejurus itu, saya sekeluarga akan dengan aman berpindah keluar daripada tanah pusaka(2530) itu ke tanah gentian(1600) seperti yang Sahibus Samahah Datuk Wira janjikan dalam perbincangan pada 4 Januari 2008.

3.         Saya tidak mahu perkara sama berulang berkaitan dengan tanah PT1600.  Untuk pengetahuan pihak tuan, grant tanah sementara (TOL) bagi PT1600 telah saya perolehi sebelum ini, malangnya setelah kerja-kerja ukur halus di buat olah Jabatan Ukur Melaka, grant tersebut di ambil balik kerana berlaku kesilapan.  Hal ini menyebabkan kerugian kepada saya, setelah tanah yang saya rata dan besihkan, bukanlah tanah yang sebenar.  (Sila rujuk surat saya, rujukan MCL33/2009/01 bertarikh 20 Februari 2009.)

4.         Dari pengalaman itu, saya mahu sehingga grant kekal saya perolehi, barulah saya pindah keluar.  Satu-satunya tanah milik kekal saya telah pihak Sahibus Samahah Datuk Wira “ambil”, dan sekarang saya tiada tanah! Lantaran itu, saya cuma mahukan grant tanah yang kekal (bukan setakat grant TOL) dapat disempurnakan dengan kadar segera.

Saya mendoakan, mudah-mudahan Sahibus Samahah Datuk Wira sentiasa mendapat perlindungan dan kerahmatan Allah.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(SARIS BIN HJ SABTU)

Tel : 019 – 2683 612

s.k.      –           Y.A.B. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka

–                Y.B. Datuk Wira Ahli Parlimen Kawasan Masjid Tanah

–                Y.B. Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

–           Y.B. Datuk ADUN Kawasan Tanjung Bidara

–           Tuan Pegawai Daerah Alor Gajah

–           Penghulu Kawasan Tanjung Bidara

–           Pengerusi JKKK Balik Batu

Posted in Pengambilan Hakmilik, Tanah Ganti | Leave a Comment »

Belanja Bulanan Terbesar.

Posted by lot2530 on April 27, 2009

Bulan April 2009, mencatat berapa sejarah bagi En. Rosli. Pertamanya, memiliki rumah sendiri. Dan, keduanya, membelanjakan duit terbanyak dalam sebulan.

Bagi mereka yang berpendapatan RM8000 sebulan, perbelanjaan sebanyak RM4833 adalah 60% daripada pendapatan. Tapi bagaimana bagi seorang yang berpendapatan RM0 sebulan, perbelanjaan sebanyak RM4833 adalah ?% daripada perbelanjaannya. Macam mana nak kira? Sebab peraturan matematik, mana boleh suatu nombor di bahagi dengan kosong.  Cuba kira, 4833/0 x 100 = ? (Cannot divide by zero).

Jadi, bagaimana nak menterjemahkan kes di atas dengan hubungan matematik yang asas ini.

Tak perlulah dipersoalkan darimana duit dapat, mana boleh macam ini dan sebagainya, cuma fokus permasalahan di atas sahaja la…

Tak apa la…nanti difikirkan.

Logik juga jika perbelanjaan besar dilakukan kerana beberapa keperluan yang penting.  Penting pada masa la ni, esok, minggu depan dan seterusnya.  Peti sejuk, mesin basuh, periuk, kipas, dapur, almari, tilam, tikar getah, rak,tv meja makan dan sebagainya. Itu adalah keperluan.

Kesihatan juga adalah keperluan.

Lantas fokus kami, selepas ini ialah memulihkan KESIHATANnya.

gambar hiasan

Gambar Hiasan. (Mungkin sebanyak ini Belanja Bulanan Terbesar itu.)

Posted in Waris | Leave a Comment »

Rumah PPRT Rosli bin Sabtu

Posted by lot2530 on April 20, 2009

Di bawah adalah gambar sebenar rumahnya. Milik nama Rosli bin Sabtu. Di atas tanah Saris Bin Sabtu dan sedikit Kementrian Pertahanan. Secara rasmi diduduki pada 20 April 2009. Saya yang kata secara rasminya.

Berukuran 10 x 20 kaki. 2 bilik tidur. 1 bilik air + tandas. 7 tingkap nako berkembar. 2 pintu (belakang dan depan… tepi tidak ada). 6 batang lampu kalimantan 60 Watt. 2 x 13 Amp power socket. Satu sinki.  2 kepala paip. Berkaki lima 2.0 kaki lebar disekeliling. Lantai simen. Bumbung zink. Bercat putih dalam dan luar. Berlongkang disekeliling.  Menghadap dengan jalan raya, sudah tentu. Berharga RM15,000. Duit kerajaan.

Rumah PPRT

Posted in PPRT, Waris | 2 Comments »

Rokiah sudah berkawin lagi.

Posted by lot2530 on March 19, 2009

Bersama anak lelaki sulungnya. Pada 7 Mac 2009.

Tahniah.

Posted in Waris | Leave a Comment »

Pelan Tanah Gantian dan Surat Permohonan kepada Pentadbir Tanah

Posted by lot2530 on February 21, 2009

Telah diterima geran dan segala premium yang perlu telah di selesaikan bagi tujuan pemilikan tanah kurniaan kerajaan sebagai ikhsan oleh kerajaan untuk membolehkan waris mendirikan rumah baru setelah rumah pusaka yang sedia ada di ambil oleh kerajaan atas tujuan pembagunan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka. (Rujuk gambar di bawah; Pandangan dari Lot 2530, terlihat bangunan kompleks, pokok2 petai, pokok2 pisang dan rumah di atas lot 2530)

kompleks-falak1

HSM 1300, PT1600, 22-C-IV, 0.3 Hektar di Mukim Sungei Baru Ulu, Alor Gajah, Melaka itulah lokasi dan detailnya.

Sebaik menerima geran hakmilik, kini, kerja tolak tanah pun selesai, pokok-pokok pun selesai, rata tanah pun selesai, ribuan ringgit pun selesai, tapi….

Sebaik kerja ukur yang halus di lakukan oleh Jabatan Ukur Melaka, tanah yang di tolak, dirata dan di bakar itu bukan yang dimaksudkan di dalam geran seperti yang dinyatakan oleh Pejabat Tanah Alor Gajah.

Salah rupanya….


Tanah yang dikerjakan sebenarnya adalah rezab Kementerian Pertahanan! Dan tanah yang di maksudkan di atas geran adalah di atas jalan raya yang bertar!

Dengan kata yang mudah, Lot PT1600 adalah di atas jalan raya.

Lantaran itu bagaimana mahu mendirikan rumah? Tak kan di atas jalan raya dan di bawah talian elektrik TNB dan bertiangkan tiang elektrik dan telefon?

Selanjutnya, di utus surat kepada Pentadbir Tanah Alor Gajah untuk menyelesaikan permasalahan ini.  Harapannya ada jalan penyelesaian yang baik.

Berikut isi penuh surat di maksudkan,

SARIS BIN HAJI SABTU

Jalan Balik Batu 2,

Kampung Tanjung Bidara,

78300 Masjid Tanah,

Melaka.

Rujukan Kami : MCL33/2009/01

Rujukan Tuan :



20 FEBRUARI 2009

Kepada;

Pentadbir Tanah Alor Gajah,

Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah,

78000 Alor Gajah,

Melaka.

(up: Puan Zainon Md. Nor)


Tuan,

PERMOHONAN TANAH KERJA BAGI PT1600 HSM 1300 MUKIM SUNGEI BARU ULU, DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah pemilik tanah PT1600 HSM 1300 Mukim Sungei Baru Ulu ingin memaklumkan bahawa, selepas kerja-kerja ukur halus yang di buat olah Jabatan Ukur Melaka, mendapati sebahagian besar daripada tanah yang telah diluluskan oleh kerajaan kepada saya adalah termasuk dalam laluan jalan raya ke Taman Bidara Palma.

3. Oleh itu, adalah sukar dan mustahil bagi saya untuk mendirikan rumah di atas tanah gantian/kurniaan tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, seluruh tanah LOT2530 dan seluruh rumah saya telah diambil oleh kerajaan untuk kesinambungan projek KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI di bawah seliaan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

4. Melalui satu mesyuarat pada 04.01.2008, antara saya, Mufti Negeri Melaka, ADUN Masjid Tanah dan pihak tuan, pampasan dan tanah gantian akan diberikan bagi membolehkan saya mendirikan rumah lain. Ini kerana, saya tidak ada tanah lain di Melaka untuk mengantikan rumah di atas tanah yang telah diambil. Janji tersebut amat menyejukkan hati kami semua terutamanya saya sendiri. (Rujuk catatan kami di https://lot2530.wordpress.com/).

5. Dengan status tanah gantian yang sedia ada ini, memaksa saya tidak berpindah dan terus menduduki rumah sekarang. Hendak pindah ke mana? Tanah tiada.

6. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik , pertimbangan, belas ikhsan dan kerjasama daripada pihak tuan agar dapat diusahakan supaya pelan tersebut diteliti semula dan selesaikan agar janji pihak tuan tertunai, agar projek Pejabat Mufti juga akan berjalan lancar dan bagi saya dapat mendirikan rumah gantian di atas tanah yang lain.

7. Saya mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan dengan kadar segera dan saya bersedia untuk berunding dengan pihak tuan dalam menyelesaikan perkara ini.

Saya mendoakan, agar pihak tuan sentiasa mendapat perlindungan dan kerahmatan Allah sentiasa.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

(SARIS BIN HJ SABTU)

Tel : 019 – 2683 612

s.k. – Y.A.B. Datuk Seri Mufti Negeri Melaka,

– Y.B. Datuk ADUN Kawasan Tanjung Bidara

– Tuan Pegawai Daerah Alor Gajah

– Penghulu Kawasan Tanjung Bidara

– Pengerusi JKKK Balik Batu

Posted in Tanah Ganti | Leave a Comment »

Cek Pampasan Rokiah Matsom

Posted by lot2530 on January 20, 2009

Salam.

Tengah hari hari ini, 20.01.09, telah di ambil cek pampasan untuknya daripada Pejabat Baru Amanah Raya Berhad (Melaka).  Cek bertarikh 19.12.2008.

Posted in Pengambilan Hakmilik | Leave a Comment »

Tiada update?

Posted by lot2530 on September 19, 2008

http://n02tanjungbidara.blogspot.com/

Kenapa di biar tanpa berita, penduduk di DUN ini juga perlukan informasi.

Posted in Lain-Lain | Leave a Comment »