Lot 2530 Tinggal Kenangan

Hanya Berkaitan Dengan Yang Ada Kepentingan Sahaja.

Pelan Tanah Gantian dan Surat Permohonan kepada Pentadbir Tanah

Posted by lot2530 on February 21, 2009

Telah diterima geran dan segala premium yang perlu telah di selesaikan bagi tujuan pemilikan tanah kurniaan kerajaan sebagai ikhsan oleh kerajaan untuk membolehkan waris mendirikan rumah baru setelah rumah pusaka yang sedia ada di ambil oleh kerajaan atas tujuan pembagunan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka. (Rujuk gambar di bawah; Pandangan dari Lot 2530, terlihat bangunan kompleks, pokok2 petai, pokok2 pisang dan rumah di atas lot 2530)

kompleks-falak1

HSM 1300, PT1600, 22-C-IV, 0.3 Hektar di Mukim Sungei Baru Ulu, Alor Gajah, Melaka itulah lokasi dan detailnya.

Sebaik menerima geran hakmilik, kini, kerja tolak tanah pun selesai, pokok-pokok pun selesai, rata tanah pun selesai, ribuan ringgit pun selesai, tapi….

Sebaik kerja ukur yang halus di lakukan oleh Jabatan Ukur Melaka, tanah yang di tolak, dirata dan di bakar itu bukan yang dimaksudkan di dalam geran seperti yang dinyatakan oleh Pejabat Tanah Alor Gajah.

Salah rupanya….


Tanah yang dikerjakan sebenarnya adalah rezab Kementerian Pertahanan! Dan tanah yang di maksudkan di atas geran adalah di atas jalan raya yang bertar!

Dengan kata yang mudah, Lot PT1600 adalah di atas jalan raya.

Lantaran itu bagaimana mahu mendirikan rumah? Tak kan di atas jalan raya dan di bawah talian elektrik TNB dan bertiangkan tiang elektrik dan telefon?

Selanjutnya, di utus surat kepada Pentadbir Tanah Alor Gajah untuk menyelesaikan permasalahan ini.  Harapannya ada jalan penyelesaian yang baik.

Berikut isi penuh surat di maksudkan,

SARIS BIN HAJI SABTU

Jalan Balik Batu 2,

Kampung Tanjung Bidara,

78300 Masjid Tanah,

Melaka.

Rujukan Kami : MCL33/2009/01

Rujukan Tuan :



20 FEBRUARI 2009

Kepada;

Pentadbir Tanah Alor Gajah,

Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah,

78000 Alor Gajah,

Melaka.

(up: Puan Zainon Md. Nor)


Tuan,

PERMOHONAN TANAH KERJA BAGI PT1600 HSM 1300 MUKIM SUNGEI BARU ULU, DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah pemilik tanah PT1600 HSM 1300 Mukim Sungei Baru Ulu ingin memaklumkan bahawa, selepas kerja-kerja ukur halus yang di buat olah Jabatan Ukur Melaka, mendapati sebahagian besar daripada tanah yang telah diluluskan oleh kerajaan kepada saya adalah termasuk dalam laluan jalan raya ke Taman Bidara Palma.

3. Oleh itu, adalah sukar dan mustahil bagi saya untuk mendirikan rumah di atas tanah gantian/kurniaan tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, seluruh tanah LOT2530 dan seluruh rumah saya telah diambil oleh kerajaan untuk kesinambungan projek KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI di bawah seliaan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

4. Melalui satu mesyuarat pada 04.01.2008, antara saya, Mufti Negeri Melaka, ADUN Masjid Tanah dan pihak tuan, pampasan dan tanah gantian akan diberikan bagi membolehkan saya mendirikan rumah lain. Ini kerana, saya tidak ada tanah lain di Melaka untuk mengantikan rumah di atas tanah yang telah diambil. Janji tersebut amat menyejukkan hati kami semua terutamanya saya sendiri. (Rujuk catatan kami di http://lot2530.wordpress.com/).

5. Dengan status tanah gantian yang sedia ada ini, memaksa saya tidak berpindah dan terus menduduki rumah sekarang. Hendak pindah ke mana? Tanah tiada.

6. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik , pertimbangan, belas ikhsan dan kerjasama daripada pihak tuan agar dapat diusahakan supaya pelan tersebut diteliti semula dan selesaikan agar janji pihak tuan tertunai, agar projek Pejabat Mufti juga akan berjalan lancar dan bagi saya dapat mendirikan rumah gantian di atas tanah yang lain.

7. Saya mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan dengan kadar segera dan saya bersedia untuk berunding dengan pihak tuan dalam menyelesaikan perkara ini.

Saya mendoakan, agar pihak tuan sentiasa mendapat perlindungan dan kerahmatan Allah sentiasa.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

(SARIS BIN HJ SABTU)

Tel : 019 – 2683 612

s.k. – Y.A.B. Datuk Seri Mufti Negeri Melaka,

– Y.B. Datuk ADUN Kawasan Tanjung Bidara

– Tuan Pegawai Daerah Alor Gajah

– Penghulu Kawasan Tanjung Bidara

– Pengerusi JKKK Balik Batu

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: